Pengalaman menanti kehadiran zuriat selama 5 tahun selepas perkahwinan merupakan suatu yang pengalaman yang bercampur gaul, adakalanya indah, kekadang perit, byk mengajar erti kesabaran, usaha yang tanpa jemu dan akur perlu akur bahawa ianya hak mutlak Allah.
Usaha yang bukan sedikit selama 4 tahun bukanlah suatu yang menjanjikan kepastian sebenarnya kerana anak itu adalah anugerah Allah yang amat indah buat ibu dan ayah. Bermulanya usahaku untuk mendapatkan zuriat adalah seawal 6 bulan usia perkahwinan selepas aku mengalami keguguran pertama selepas 5 bulan dinikahi.
Hospital Teluk Intan saban bulan kami kunjungi, masalahnya adalah berpunca dari kitaran haidku yang tidak teratur sejak awal baligh. Rawatan bermula dari aku diberi pil perancang untuk mengatur periodku. Setelah agak teratur baru aku diminta memakan ubat subur, clomid dari sebiji sehinggalah ke 2 biji sekali makan pada waktu yang ditetapkan. Selepas mengambilnya beberapa bulan, aku disahkan hamil. Namun sekali lagi aku mengalami keguguran pada usia kandungan 2 bulan berbanding kandungan pertama dulu 4 bulan. Lebih kurang 3 tahun aku terus mengambil pil clomid tetapi Allah sebenarnya lebih mengetahui bila waktu yang sesuai untuk kita memiliki cahaya mata. Walaupun seperti yang kawan-kawan biasa alami selepas mengambil pil subur, badanku jua naik seperti dipam-pam. Namun kerana semangat nak menimang anak mengatasi segalanya, aku tidak menghiraukan sangat kesan sampingan yang kualami itu.
Aku jua pernah menjalani laparoscopy surgery di bahagian bawah pusat untuk mengenal pasti punca kegagalan untuk hamil. Sperma hubby pun pernah diambil melalui aku untuk melihat tahap kesuburannya setelah usaha memujuknya menemui pakar gagal. Alhamdulillah pakar mengesahkan hubbyku tidak mempunyai masalah kesuburan pada spermanya.
Pertengahan tahun 1994, ketika aku menjalani praktikum 3 bulan di SK Tanjung Keramat, kawan memperkenalkan Royal Jelly jenama Richou untuk meningkatkan kesuburan. Aku membelinya 3 kotak dahulu kerana tertarik mendengar cerita sahabatnya yang telah berkahwin selama 8tahun berjaya hamil setelah memakannya beberapa kotak. Alhamdulillah asbab makanan sunnah itu, akhirnya setelah menghabiskan hampir 3 kotak, aku merasa sesuatu kelainan pada diriku. Loya saban pagi membuatkan aku bertekad mengajak hubby ke Klinik Yusoof menjalani ujian kehamilan. Rasa terharu, syukur dan teruja bila Dr. Aziz memberitahu aku sudah hamil 3 minggu. Segera aku meminta hubby membelikan biskut tawar lemak Jacob yang telah beberapa hari aku teringin...hihi
Setelah melalui pelbagai rasa tidak selesa, loya, muntah dan pening sepanjang 9 bulan kehamilan, akhirnya tibalah hari yang dinanti untuk doktor mengeluarkan babyku secara pembedahan sebagaimana yang pakar cadangkan. Aku dan hubby pasrah bila pakar mengatakan mereka tidak mahu menanggung sebarang rasiko untuk aku bersalin secara normal memandangkan ini anak pertama kami.
Tepat jam 2.00 ptg, 05 Julai 1995 , hubby mengiringiku ke bilik pembedahan. Ketika di dewan pembedahan, aku diuji apabila katil yang disediakan untuk aku di bilik itu, digunakan untuk menyelamatkan seorang yang mengalami kebakaran pada sebahagian besar tubuhnya. Aku sempat bertanya kepada Doktor Siti yang bakal membedahku, lama lagi ke aku terpaksa menunggu. Dia hanya berkata sambil tersenyum, mungkin pembedahanku terpaksa ditangguhkan kepada hari Jumaat. Mungkin disebabkan penat aku lantas menjawab, jika begitu tolong bagi saya peluang untuk bersalin normal aje. Selepas lebih kurang 3 jam lebih terbaring menunggu dengan kesejukan, aku merasa perut mengeras tanpa henti-henti dan plastik kencing yang dipasang seolah-olah bocor. Aku memanggil doktor dan bertanya sama ada tiub ke salur kencing terkeluar. Selepas dia periksa, segera dia memberitahu rakan-rakannya, bahawa air ketubanku telah pecah dan pembedahan tidak boleh dipostpon lagi. Aku segera ditolak ke bilik pembedahan, alhamdulillah baby lelaki seberat 2.89kg selamat dikeluarkan pada jam 6.38pm.
Isma Daniel - usia sehari
Seminggu berada di wad kerana jaundis Senyuman seorang yang bergelar bapa
Isma Daniel - 3 minggu
Majlis cukur jambul
Genab setahun boleh berjalan
Genab usia 2 tahun
Buat anakku Isma Daniel..hayatilah nukilan ini
Detik waktu
kelahiran seorang bayi
dihiasi tangis
Nyaring berkumandang
menyapa telinga ibu
lalu melonjak hati ibu
penawar sakit dan lesu
Lalu bermulalah sebuah kehidupann
yang bakal mewarnai bumi
berdakwatkan air mata
Hidup dimulakan oleh sebuah
tangisan
dicelahi oleh tangisan
diakhiri dengan tangisan
Air mata manusia sentiasa dalam dua
yang menguntungkan atau merugikan
Sabda Rasulullah SAW:
“Dua titisan air yang Allah cint
Darah para syuhadak dan air mata
kerana takutkan Allah.”
Ibnu Ataillah, seorang ahli sufi
dan makrifah telah berkata:
“Tangisan seorang pendosa lebih
Allah cintai daripada tasbih para wali.”
Seorang pendosa yang menangis
kerana dosa adalah lebih baik daripada abid yang berangan-angan di syurga mana
kelak ia akan ditempatkan
Ahli-ahli sufi sering mengingatkan
:
“Kejahatan yang diiringi oleh
rasa sedih,
lebih Allah sukai dari satu
kebaikan
yang menimbulkan rasa takbur.”
Ihsan dari :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan