4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w
Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.
Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air di daun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.
Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
1) Umur anak-anak 0-6 tahun.
Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk
memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak
berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu
dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya
mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.
Pada tahap ini kita
mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut
hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang
ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang
ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka
(lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar
untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah
tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
Inilah fasa remaja
yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati
anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang
dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan,
berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan
mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak
bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi
mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan
secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga
atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar
masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari
keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah
bersama keluarga.
4) Umur anak 21 tahun dan ke atas.
Fasa ini adalah
masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan
memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu
pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil
mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar
rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum
ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati
mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap
anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
Curahkan Kasih
Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka
Tiada manusia
dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fasa yang terpenting dalam
tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang pertama mengikut didikan
Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting kerana
ketika inilah asas @ foundation dalam kerohanian anak-anak yang sihat
terbentuk.Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda semula.
Masa Kecil Mereka
Takkan Berulang Buat Kali Kedua…
Dipetik kata-kata
Prof Dr Muhaya dalam siaran langsung di radio IKIM.fm dalam segmen ‘Reset Minda
Orang Yang Tenang’ baru-baru ini,“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.
Dipetik dari : www.excelqhalif.com/.../4-tahap-mendidik-anak-cara-...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan