Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Rabu, 18 September 2013

MUSAFIR MENCARI REDHA ALLAH - Umrah bersama Org2 tersayang...

Terasa sayunya hati bila sahabat2 baik  dijemput menjadi tetamu Allah utk menunaikan ibadah haji tahun ini. Mengimbau kembali saat2 indah ketika menunaikan umrah bersama org2 tersayang..hubby, anak2, emak dan mak langku. Turut serta dlm rombongan kami sahabat setempat mengajarku kak Hamidah dan anaknya Nurinsyirah.
 
29 Mei 2011 adalah detik terindah dlm hidup kami anak beranak , terasa mcm mimpi bila pertama kali menjejak kaki ke bumi barakah Madinah dan Mekah. Setiba di airport jeddah, bas yg disewa khas utk rombongan terus membawa kami ke Madinah. Perjalanan hampir 8 jam melalui padang pasir menginsafkanku bertapa sukarnya perjalanan hijrah Baginda Rasulullah dan para sahabat dr Mekah ke Madinah kerana menunaikan perintah Allah.
 
   Khairan melaungkan azan mengiringi musafir kami

 
                                       

 
                                          Pemandangan dari kapal terbang rumah2 di Jedah


 
      Tiba di airport Jeddah

Berada di Madinah selama 3 hari amat menyeronokkan apabila tiap waktu dpt mendengar azan berkumandang dr masjidil nabawi dan berpusu-pusulah umat Islam berkejar ke sana utk bersolat jemaah.Hari ke2 berada di Madinah, baru aku, emak dan mak lang diberi peluang memasuki Raudhah, itupun berkat membawa anak kecilku Muhammad yg memimpin kami sehingga ke tiang paling hampir di kwsn Raudhah walaupun terpaksa bersesak2 dgn muslimah2 dr timur tengah yg mmg besar saiznya.
 
                                  Bilik kami ketika di Madinah lebih kurang 100m dr Masjid


                                                       Perkarangan Masjid Nabawi

Disebabkan menunggu peluang memasuki raudhah, kami ketinggalan dr mengikui rombongan melawat ke tempat2 lain di Madinah. Rupanya Allah mahu memberi peluang yg lebih baik, Alhamdulillah pihak travel menyediakan sebuah van utk kami termasuk kak Midah dan lnsyirah utk membawa kami ke tempat2 yg sepatutnya kami lawati.




 
                                                      Menikmatai teh kurma di ladang

1 Jun 2011, lebih kurang jam 5ptg  rombongan kami bergerak ke Mekah. Kami berhenti di masjid Bir Ali utk melakukan niat dan solat sunat umrah. Setiba di Mekah kami ditempatkan di Hotel Al Mubarraq yg letaknya lebih kurang 400m dr Masjidil Haram.Kami di bawa menyempurnakan ibadah umrah yg pertama dengan memasuki pintu 79. Bertapa sayu dan kagumnya aku bila pertama kali melihat masjilharam dan kaabah yg selama ini ku impi2kan. Alhamdulillah kami dpt menyempurnakan umrah pada malam itu juga dgn melaksanakn tawaf  7 pusingan, solat sunat di hadapan makam Ibrahim dan melakukan saie dan akhirnya bertahalul. Cuma suamiku xdpt meneruskan saei kerana sikecilku tertidur sebaik shj habis tawaf..subuh itu hubby menyempurnakan umrahnya yg pertama.


                                                          Berniat Ihram di Bir Ali







 

         Alhamdulillah dapat selesaikan umrah yg pertama.

Sepanjang 8 hari di Mekah kami hanya berkesempatan melakukan 3 kali umrah, cuma anak sulongku, Daniel dpt melaksanakan 4 kali yg mana 1 itu diniatkan utk atuk Subohnya.Kami jua telah di bawa ke Jabal Rahmah, bukit Uhud, ladang kurma, Hudaibiah,dan tempat org melaksanakan ibadah melontar pd musim haji.
 


                                                                   
                      Abang jeles xdpt naik unta dgn adik, dpt naik
skuter padang pasir pun bolehlah...

                                                                 Berdoa di Jabal Rahmah

         Seronoknya Muhammad dapat makan ice cream yang jarang dinikmati
jika tidak kerana cuaca panas di Mekah
 

                                   

                          Melawat ladang unta dan menikmati susunya yang fresh...sodappp





                     Belum selesai umrah dah terlentuk..hihi - Muhammad dan anak jemaah dari Kelang

Melaksanakan solat fardhu dan sunat di masjidilharam merupakan pengalaman yg amat menyeronokkan. Tanpa menghiraukan panas yg terik aku mangajak mak dan mak lang solat di kwsn paling hampir dgn Kaabah. Alhamdulillah beberapa kali kami berpeluang solat di dlm kwsn muslimat betul2 di hadapan Kaabah. Aku berpeluang jua membawa mak dan mak lang pada waktu yg berbeza memasuki dan solat sunat dalam Hijir Ismail.




Pengalaman pahit masih terasa tat kala membawa mak dan Muhammad keluar selepas melakukan solat sunat di dalam hijir Ismail, selepas solat Asar, disebabkan masa keluar tu bersesak2 dgn org yg nak masuk, aku terpaksa melepaskan tangan Muhammad dipimpin oleh opahnya keluar dahulu dgn memesan mak tunggu di pintu masuk hijir Ismail yg agak lapang. Agaknya ibuku tidak perasan dia terus membawa Muhammad mengikuti pusingan org yg sedang bertawaf dan terus keluar dr situ. Sebaik sahaja aku keluar dr hijir Ismail setelah ditinjau2 di pintu masuknya aku terus keluar dan pergi ke kwsn muslimat solat di hadapan kaabah, dimana mak lang menunggu kami.Tetapi takdir Allah menentu segala utk menguji kesabaran kami, emak dan Muhammad tidak ada di situ.Aku terus mengikuti pusingan tawaf  dan memasuki hijir Ismail kembali dgn harapan mereka ada di sana. Sempatku solat sunat memohon Allah menemukan aku dgn mereka.Setelah hampir sejam mencari mereka, aku segera menalipon hubby meminta bantuannya dan daniel mencari mereka. Aku terpaksa solat maghrib bersama2 jemaah lelaki di hadapan Kaabah apabila dlm tempat muslimat dh penuh sesak.Harapan utk menemui anak dan makku di sekitar Kaabah tidak berhasil sehingga solat isyak berakhir.Hubby dan aku entah berapa kali keluar masuk masjidil haram dan melakukan solat taubat di hadapan Kaabah ttp Allah masih hijabkan pandangan kami. Aku tercari2 apa silap kami sehingga diduga begini.,terkenang kembali mgkin silapku kerana berat hati utk membawa anak kecilku menunaikan umrah atau kerana membawa Muhammad memasuki hijir Ismail dlm keadaan pampersnya tidak disalin terlebih dahulu kerana Muhammad sempat memberitahuku ketika dlm hijir " mama adik bocor". Air mata penyesalan entah byk mana keluar xdpt kami hitung..Babahnya pun dh jd xkeruan menyesali kesilapannya menghantar Muhammad  kpdku yg  dia sendiri maklum membawa mak dan mak langku yg kurang sihat. Dia juga lupa menyalinkan pampers anknya sblum menyerahkannya kpdku di lampu hijau, tempat di mana kami telah berjanji jika apa2 berlaku kami akan berjumpa di bawah lampu hijau, tanda permulaan niat tawaf. Tetapi malang emakku tidak ada juga di situ. Melawati jam 10mlm aku dh kurang sabar terus merepotkan kehilangan mereka ke  tempat report org hilang di sebelah ar Rajhi bank. Segala butir pakaian, rupa  dan gambar dimintanya. Setelah selesai aku turun dan terserempak dgn beberapa ahli rombongan yg turut mencari mak dan Muhammad di sekitar masjidil haram.Hubbyku menjenguk ke setiap pintu masjidilharam yg berjumlah 99 buah pintu itu tetapi masih tidak bertemu. Hampir jam 11.30mlm, dgn penuh pengharapan kpd Yang Maha Mengetahui, dlm keadaan masjidil haram dah agak lengang, aku masuk melalui pintu 79 yg saban waktu kami laluinya.Aku melakukan solatTaubat dgn linangan air mata, sebaik shja memberi salam pertama, seperti mimpi aku terdengar suara ibuku bersembang dgn seseorg..aku terus bangkit , mengejar dan menjerit memanggil makkkkkkk..mak pergi mana?Muhammad mana? Mak dgn selamba menjawab Muhammad tak ada..sempat dia mengusikku dlm tangisan kami itu..seorg perempuan dari Serawak yg membawanya terus bercerita mcmmne dia boleh bertemu dgn mak dan Muhammad di tangga berhampiran pintu king Abdul Aziz.Aku segera menalipon hubby, dia segera dtg dan menerekam, memeluk erat anaknya sambil menangis. Setelah mengucapkan terima kasih kpd sahabat yg menemui mak, tanpa ,menemui Muhammad terlebih dahulu yg aku telah maklum bersama babahnya, aku terus duduk bersila di lantai masjidilharam dgn mak utk bercerita panjang kisah  tragis kami itu.Mak pun bercerita..setelah dia keluar dr hijir, dia terus je terperangkap dgn org ramai yg sedang bertawaf, jd dia terus je membawa Muhammad keluar dr kwasan org ramai menuju ke kwasan yg agak redup ke dlm masjid yg tidak jauh dr kwasan solat kami td.. dgn harapan aku menemuinya nnt di sana. Tp bila Muhammad ckp dia nmpak mamanya di kwsn solat di hadapan kaabah, mak pula tidak percaya sbb katanya pandangannya semua org yg berjubah hitam di dlm kwsn itu, sdg mmg aku beberapa org je yg memakai telekung putih ttp dia tak perasan.Setelah selasai solat maghrib dia terus menuju ke pintu king Abdul Aziz utk menunggu kami di sana sdgkan kami dh berjanji jika hilang tunggu aje di bawah lampu hijau jika di hadapan kaabah atau di pintu 79 jika di luar masjid. Mak pula teringat jnjinya bersama arwah abah ketika menunaikan haji dahulu, utk berjumpa di pintu king Abdul Aziz tiap kali lepas solat..subhanaAllah. Selesai isyak mak terus membawa Muhammad duduk di tangga berhampiran sehingga Muhammad tertidur dlm tangisan. Muslimah dr Serawak menemui mereka dn sedaya upaya membantu mak menjejaki kami dlm keadaan tiada suatu petunjuk mak menginap di hotel mana kerana semua beg dan tag mak telah di tinggalkan ke mak lang kerana dikhuatiri tercicir dlm kesesakan di hijir.Mak dan Muhammad di bawa balik ke hotel mereka utk makan malam dan menyalin pampers Muhammad yg telah lencun..kesian anakku..dari 1 hotel ke 1 hotel ttp masih tidak menemui kami. Akhirnya mak minta dihantarkan semula ke masjidil haram, pintu 79, kerana dia terasa kami menunggunya di sana.Alhamdulillah gerak hatinya sgt tepat kerana kami diketemukan kembali oleh Allah mmg di pintu 79.ALHAMDULILLAH aku dan hubby segera melakukan sujud syukur ketika itu jua.Selepas peristiwa itu, hubby tidak lg membiarkan Muhammad bersamaku jika aku membawa mak dan mak lang ke masjid.
Muhammad mandi dan minum dengan air zam-zam
sebelum dia hilang bersama opahnya 

Ketika pulang dr masjidil haram ke hotel aku tidak ketinggalan membeli sedikit demi sedikit ole2 utk dibuat buah tgn pulang ke Malaysia. Kami juga sempat menjejakkan kaki ke shoping mall di menara jam dan membeli beberapa jubah, tp sebenarnya bila dilihat jubah yg sama di bazar2 sepanjang jln ke hotel, kita akan dpt harga yg jauh lebih murah.

                                                Menikmati nasi arab di bangunan Menara Jam

8 Jun 2013 lebih kurang jam 2 ptg waktu Mekah, kami dgn berat hati melakukan tawaf selamat tinggal dgn linangan air mata yg tanpa diundang, seribu 1mcm rasa dtg seperti tidak sanggup utk meninggalkn tempat terindah yg penuh barakah itu.Selesai 7 pusingan kami melakukan solat sunat terakhir di hadapan makam lbrahim dan berdoa agar kami akan dijemput lagi mnjadi tetamu rumah Allah utk waktu2 yg akn dtg.Kami meninggalkan masjidilharam dgn seribu kenangan manis yg akan kuabadikan dlm memori terindah hidup ini. Semuga ianya merupakan jejak permulaan kami utk terus melangkah ke baituAllah pada masa2 akan dtg..InshaaAllah..


                     Selamat Tinggal Kaabah..moga Allah jemput kami lagi
menjadi tetamuNYA




                                        Buah Delima kiriman adik2 dan sahabat terdapat dijual sepanjang perkarangan masjid terapung di Laut Merah
atau masjid Ar-Rahman, Jeddah 


 
 

Ahad, 15 September 2013

PERCUTIAN TERATAK OPAH - 2 HARI 1 MALAM DI CHALET SRI NELAYAN KUALA ROMPIN

6 SEPTEMBER 2013

Sempena cuti Malaysia,16 sept, aku mengambil kesempatan berpakat dgn adik2 utk pulang ke kg dan menghabiskan masa di chalet berhampiran..Aku bersama Muhammad trus balik ke kg slps habis program PPKI di Pantai Balok pd 11&12Sept 2013.
Alhamdulillah adik2 aku, ain n famili dr JB, Lyn n chicken familinya dr Kuantan dan M.te dr Muadzam pun dpt pulang ke Teratak Opah sbg mana yg dijanjikan.

 
 
 Program asal utk booking chalet Chedok, agak menghampakan kerana penuh..last minute rezki kami ada di Chalet Sri Nelayan. Hubby yg tiba mlm ahad  dr Sg.Besar pula mengambil peluang utk menembak ikan bersama ank2 buah di pulau ducong berhampiran dgn chalet kami..Alhamdulillah lumayan juga rezkinya..seekor siakap, 3 ekor bawal batu dan seekor ikan yg aku xpasti namanya..Pe lg makan besarlah kami mlm ini..
 
Muhammad n de geng adalah org yg paling seronok sekali dpt mandi laut..air laut pula tenang n jernih..mereka membuat istana pasir dan menanamkan Muhammad Mutawalli dan abg longnya dlm pasir. Hampir 2 jam setengah berendam, main pasir dan naik bot dgn babahnya, langsung xmemenatkan bbudak ni rupanya.Naik ke chalet, sempat lg mereka main nyorok2 dan kejar2 kt kwasn..aku yg penat melihat mereka..hihi
 
Puteri2 penyeri hari indah kami.. 
Cantik tak Istana pasir kami???? ckplah santikkkk.....
 
Babah..ikan apa besar sgt tu???
 
Wow..nak masak ape ye ikan ni.. 
 
 
   
Jom kawan2, kita bawa lari bot ni.. 
 
               Buka bekalan..lapar weh balik menembak..mlm ni kita makan hasil tangkapan k.. 
 
Hubby masing2 tayang perut nampak...
 
2pm - 4.30pm : ku paksa Muhammad n the geng berehat.
 
5.00pm : aku mengejutkan bbdak utk tunaikan jnji utk mandi sementara adik2 balik mengambil opah mereka n memasak utk dinner.Ikan yg hubby tembak ku tempah cafe chalet je utk masak sweet sour n masak asam.
 
6.45pm : sedang aku melayan anak2 buah membuat istana pasir, opah n adik2 ku smpai membawa makanan dan tempahan menu utama pun sampai.Pe lg kami naik ke darat n makan beramai dgn penuh selera..Sodappp ikan belum kena ais..
 

Anak dara kesayangan kami ni..kan kakak..
 
Makan bosau..upah cafe sebelah je masak..sodap juga.. 
 
Sakan berposing nampak dgn opah tuh.. 
 
 Mlm-berehat tgok Astro je ler.. Sok kita sambung
main laut lg yer... Zzzzzzzzzzz......
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...