Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Jumaat, 25 Oktober 2013

MUSAFIR KE BUMI SERAMBI MEKAH SELATAN THAILAND

Pengalaman konvoi kembara ke Selatan Thailand pada Dec 2012 telah memberi gambaran sebenar keadaan di sana yang sebelum ini digambarkan kurang selesa untuk dikunjungi berikutan beberapa kejadian serangan bom dan tembak menembak. Konvoi ini adalah rancangan famili aku dan famili acek yg tertunda sejak dari tahun 2011 yg akhirnya dpt dilaksanakn dgn izinnya Allah jua..Kembara kami yang bermula dr Tak Bai - Naratiwat - Pattani telah meninggalkan kenangan yang amat manis dlm siri Musafir Teratak kami. Konvoi bersama famili acekku ini adalah bertujuan melawat suasana dan perkembangan perkampungan Islam di sana.

Bermula check pasport di imegresen sempadan Malaysia-Thai, menyeberangi sungai dengan feri, dah nampak pekan kecil Tak Bai. Kereta perlu didaftar sebelum meneruskan kembara di imegresen Thai yang serba dhaif berbanding dgn imegresen negara kita. Acek menghubungi pakcik Husin (kurang pasti namanya) kenalannya di Tak Bai utk menjadi pemandu pelancong kami sepanjang di sana.
 
 
 
Pekan Tak Bai dari Pangkalan Kubor- Sempadan Malaysia Thai
 
 Pejabat Imegresan Thailand

  
Tukar siap-siap duit Baht di Pekan Tak Bai sebelum meneruskan perjalanan
 
Kami dibawa terus ke bandar Pattani walaupun pada awalnya kami terpisah kerana terdapat beberapa jalan masuk ke bandarnya. Apatah lagi kami yg menaiki Hilux memerlukan beberapa kali check di road block yang agak menyulitkan. Menjadi kebiasaan pula hubbyku singgah mengambil air bukit di Simpang Pulai beberapa tong sebagai bekalan minuman. Dahlah polis di sana mengesyaki tong itu mengandungi minyak tanah..alhamdulillah setelah pakcik usop menerangkan kpd mereka dalam bahasa Thai dan hubby terus je meneguk air itu sebagai bukti ianya selamat, kami dilepaskan dengan senyuman.

Sampai di bandar Patanni kami singgah di masjid Jamek Pattani untuk solat jama' zohor dan asar. Acek sempat berurut dengan org yang menawarkan perkhidmatan di perkarangan masjid tu. Kami pula sempat merasa makanan segera yang dijual di gerai bergerak yang ada di situ.
 
 
 
 
 Sedapnyer Muhammad makan jagung madu..Masjid Jamek Al-Fatoni

Tempat seterusnya kami tuju ialah ke kedai yang menjual jersi tetapi disebabkan kami pergi tu hari jumaat, kedai tak banyak yang buka. Jadi pilihan xberapa banyak, tapi harganya agak murah berbanding di tempat kita. Kami juga sempat singgah ke shopping centre, gerai menjual barangan kulit dan gerai makan. Apa yang menarik perhatian aku dan hubby, kebanyakan orang yang berkunjung ke shopping centre memakai kupiah putih dan bertudung labuh. Suatu pemandangan yang hanya boleh dilihat di Mekah dan Madinah. Layaklah Selatan Thai dipanggil Serambi Mekah.

 
 
 
 
 
 
 Bandar Pattani yang masih mengekalkan binaan klasiknya
 
 
 
 Sempat berposing lagi abang dan adik ni...
 
Pak cik Husin bawa kami singgah di shopping centre
macam Tesco di bandar Pattani

 Adik nak call opah ke tu...ke nk try public phone kat Thailand???
 
 
Pelbagai jenis barangan kulit dijual di tepi-tepi jalan.
Daniel berjaya gak kecek babahnya belikan beg coklat tu..
nk bawa balik ke Johannesburg katanya.. 


 
Babah adik nak beli mainan kat sana..bolehlaaaaa

 
 
 
 
 
 
Cik Tie dah mula kena penyakit migrain nyer..

Dalam perjalanan pulang kami sempat melihat masjid Krisek atau juga dikenali Masjid 300 tahun Pattani yang terletak di tepi jalan utama je. Mengikut cerita pakcik Husin masjid ini dibiarkan sebegitu rupa bagi mengenangkan beberapa peristiwa pertumpahkan darah para syuhada' yang ditembak ketika sedang mengerjakan solat.  Kami juga sempat meronda Bandar Naratiwat yang menempatkan majoriti peniaga muslim seperti juga di Nala dan Pattani.
 
Masjid Krisek @ Masjid 300 tahun penuh dengan kesan tembakan yang sengaja dibiarkan utk memberi semangat jihad kepada anak muda di Selatan Thai



 
 
Kami tiba semula di pekan Tak Bai pada waktu Isyak dan terus check in chalet di pinggir sungai Tak Bai yang sungguh nyaman. Benarlah kata pakcik Husin, jika dilihat suasana kembara kami yang tenang dan aman amat berbeza dgn berita-berita tembak menembak yang kita dengar di kaca-kaca tv. Bukan berita itu tidak benar tetapi kejadian itu hanya melibatkan orang-orang Islam yang telah dikenalpasti oleh pihak berkuasa Thailand. Mereka yang ditembak ini amat berpengaruh dalam menyebar Islam dan meniupkan semangat untuk kemerdekaan wilayah Selatan Thai.

Secara peribadi aku melihat perkembangan Islam di Selatan Thailand amat memberasang sekali sehingga aku membisikkan ke Daniel, suatu hari nnt mama harap kamu akan bermusafir menuntut ilmu pula ke sini. Jadi tidak hairanlah kerajaan Thailand yang nyata non muslimnya cuba sedaya upaya untuk menyekat kebangkitan Islam di sini. Terasa tidak puas menikmati suasana kehidupan masyarakat Islam di sana..pastinya suatu hari nanti kami akan ke sana lagi..InshaaAllah
 
 Chalet di tepi Sungai Tak Bai..terlupa namanya
 
  Sebelum bertolak pulang, kami sempat singgah
di tempat shopping paling best kat pekan Tak Bai..
makanannya pun sodappp..
 
 
Jumpa lagi dalam siri
Musafir Teratak ke
Melaka - JB - Singapore
pula selepas ini...
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...