Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Memaparkan catatan dengan label Abang Daniel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abang Daniel. Papar semua catatan

Selasa, 19 November 2013

DANIEL MENYAMBUT AIDIL FITRI DI JOHANNESBURG (SIRI 3)

Ogos 2012, pertama kali Daniel menyambut Aidil Fitri di perantauan, tanpa ketupat dan rendang, tanpa kuih muih raya dan yang paling dia sedih tanpa mama, babah, adik dan saudara mara. Walaupun belas hati aku melihat kiriman di fb jaudah hari raya yang amat dhaif tp ku kuatkan semangatnya, pengorbanan org yg menuntut ilmu agama jauh lebih indah pembalasan oleh Allah kelak. Moga anak2 tetap tabah utk menjadi seorang yang hebat di sisi Allah. 
 
 
 
 
 
 

Bersama sahabat-sahabat seperantauan dari Malaysia.
 
Sahabat seperjuangan dari Cape Town
 
 
Ke mana Daniel merantau mencari ilmu untuk mengenal diri selepas ke Johannesburg????
Nantikan catatan seterusnya dalam tajuk yang sama pada siri 2....
 
 
Renung-renungkanlah kata-kata hikmah ini...
 
Pesanan Sheikh Ahmad Yaasin ( kepada pemuda pemudi Islam :
 
Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
 
Aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa
elektrik dan peralatan elektronik.  Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan
kehidupan yang sukar.
 
 
 

DANIEL BERMUSAFIR MENCARI ILMU UNTUK MENGENAL DIRI KE JOHANNESBURG (Siri2)

 Nov 2011, kami telah mendapatkan  tempat belajar yang baik melalui Ustaz Azmi dan Ustazah Nuridah. Madrasah yang membolehkan dia kembali membesar dalam suasana ilmu, suasana syariat dan suasana al Quran iaitu Darool Uloom Zakariyya (DUZ) , Johannesburg , Afrika Selatan. Walaupun pada awalnya Daniel tidak setuju untuk berjauhan dengan kami lagi tetapi setelah beberapa kali membawanya berjumpa Ustaz Subki Latif yang mana 2 org anaknya pernah dihantar ke sana dalam usia yang masih muda, akhirnya dengan berat hati, dia menurut jua hasrat mama dan babahnya.
 
Setelah segala persiapan telah dibuat dari awal, Mac 2012, Daniel berangkat ke Johannesburg, South African dengan seribu harapan agar dia mampu menggalas amanah sebagai khalifah Allah yang soleh di muka bumi ini. Seringku ulang kepadanya, mama dan babah rela mengikat nafsu, hidup sederhana demi anak2 mendapat pendidikan agama yang terbaik. Kami tidak sanggup Allah mempersoalkan ke mana rezki yang DIA kurniakan itu disalurkan sedang anak-anak tidak dihantar belajar ilmu fardu ain selengkapnya dengan guru-guru yg mursyid.

 
 
JazakaAllahu khairan kathira Ustaz Azsmi dan Ustazah Nuridah
 
 
 Pemergian anak2 ke Johannesburg diiringi dengan doa dan harapan. 
 
Ketika tiba di Johannesburg, pelajar terus dibawa ke DUZ semalaman tetapi disebabkan asrama tiada kekosongan, mereka ditempatkan sementara di sebuah madrasah di Skeerport yang agak dari bandar. Di sini mereka diletakkan di bawah jagaan Maulana Mohammad Embrahim.
 
Bersama pelajar dari Cape Town
 
 
 

 
 
 
 
 

  

  Tempat riadah di kawasan berhampiran madrasah

 
 Sesekali dapat juga makan ayam yang diternak di dalam kawasan madrasah
 



 
 
Melaksanakan solat berjemaah dalam perjalanan apabila outing ke 
pekan berhampiran menjadi kebiasaan bg pelajar.
 
 
 
 CATATAN SETERUSNYA..PENGALAMAN ABANG DANIEL MENYAMBUT AIDIL FITRI PERTAMA KALI TANPA KELUARGA DI PERANTAUAN...SUDEYYYY

Ahad, 20 Oktober 2013

ABANG DANIEL BERMUSAFIR MENCARI ILMU UNTUK MENGENAL DIRI (SIRI 2)

Kembara Daniel masih belum berakhir kerana penerokaan menuntut ilmu pastinya berterusan sehingga ke akhir hayat..ilmu Allah lagi diterokai, kita akan merasa diri ini makin jahil dan perlukan penambahan ilmu setiap detik...

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)

November 2012,aku meminta pandangan Daniel..bagaimana jika aku mohon cuti yang agak panjang dari madrasahnya untuk dia berhijrah sementara ke Bandung Indonesia. Aku amat tertarik bila seorang sahabat baikku menceritakan yang anak bujangnya serta beberapa orang kawannya menolak menyambung pelajaran ke universiti Madinah dan lain2 IPTA/IPTS semata-mata untuk mendalami ilmu agama dengan seorang ustaz muda yang menamatkan Master & PhD nya di UIA dan UM. Mereka mengenali Ustaz/Dr. Irham ini ketika beliau membuat penyelidikannya yang melibatkan pelajar2 tahfiz di daerah Kelang. Sebelum menamatkan pengajian PhDnya beliau sempat menziarahi keluarga2 pelajar2 yang terlibat dalam kajiannya. Ibubapa amat kagum dengan ketinggian ilmu yang ada pada seorang anak muda berusia 28 tahun ketika menamatkan pengajiannya.
Malahan bila pelajar2 telah berada di pesantren, mereka terlalu seronok belajar di sana sehingga menyambut Aidil Fitri pun di sana. Pada fikiranku pastinya ustaz2 di sana mempunyai suatu pendekatan yang luar biasa untuk menarik remaja2 seronok menuntut ilmu agama. Kekagumanku itu melahirkan rasa kuat di hatiku untuk menghantar anak kecilku Muhammad belajar dan membesar dalam tarbiah Islam di Bandung Indonesia. Namun pastinya dalam usia yang masih muda Muhammad memerlukan jagaan dan perhatian dari seseorang yang rapat dengannya.
Daniel yang sebenarnya telah merasa serasi dan seronok berada di Madrasah Skeerport, merasakan pemintaanku ini terlalu berat baginya. Daniel akhirnya akur tetapi dengan berpegang kepada janjiku bahawa dia hanya perlu berhijrah sekejab je ke Bandung, jika tidak seronok dia boleh kembali ke Skeerport bila-bila masa.  Gurunya pula, Maulana Muhammad Umar yang amat rapat dengannya pun amat tidak bersetuju dgn hasratku itu. Namun ku tekadkan hati menghantar email memohon jasa baik maulana Umar untuk melepaskan Daniel pulang dan bercuti sementara dia belum ditempatkan di kampus Darool Uloom Zakakriyya (DUZ). Aku jua meminta bantuan Ustaz Azmi untuk menerangkan kedudukan sebenarnya kepulangan Daniel. Akhirnya bila tiket flight dah ku beli melalui ustaz Azmi, Maulananya mengizinkan kepulangan anakku dengan berat hati dan berpesan agar Daniel kembali ke madrasah bila segalanya selesai.

Aktiviti bulanan- BBQ ayam ternakan ladang Madrasah.. 

Riadah di belakang Madrasah
 
 Dah slim abang Daniel..asyik makan roti cicah kuah dal..ok ape?
 
 Namun di hati kecilku ini berdoa agar Daniel seronok dan dapat belajar lama di Bandung yang jauh lebih dekat dengan Malaysia. Mudah untuk kami menjenguk keduanya nanti, sekali terbang. Bila dia dah agak mantap ilmunya nanti bolehlah dia kembali semula ke Johannesburg untuk menamatkan kelas Alimnya. Alhamdulillah segala yang ku rancang dimudahkan jalan oleh Allah. Daniel selamat pulang bersama adik Afif berusia 14 tahun, berlepas dari Johannesburg ke Abu Dhabi, transit 6jam sebelum berlepas ke Malaysia.
 

 
Kepulanganmu disambut dgn kegembiraan yg jelas di wajah babah..
 
 
Abang, adik dah tinggi macam abang..
 
 
                                         Moga dpt mengekalkan sunnah bersugi ya bang.....
 
Jan. 2013 setelah mendapat visa belajar di Bandung, kami berangkat menghantar Daniel ke Pesantren Al Mustoffa Desa Kecali, Sumedang Bandung. Kehadiran kami mendapat layanan yang sangat istimewa dari Dr. Mustoffa dan isteri yang semua santri panggil mereka abi serta umi. Begitu juga Dr. Irham dan isterinya Zida amat mengalu-alukan Daniel sebagai santri baru di situ. Kami turut merasakan keseronokan para remaja menimba ilmu di sini. Seawal 4.00 pagi pelajar2 telah mengalunkan bacaan al-Quran, nasyid, qasidah dan sebagainya sementara menunggu teman2 yang lain bersiap. Kuliah subuh disampaikan dengan penuh bertenaga oleh Dr. Mustoffa sehingga tiada seorang pun yang mendengarnya terlentuk melayan rasa mengantuk termasuk Daniel dan aku. Kami difahamkan pelajar2 akan dilatih secara bergilir2 menyampaikan kuliah, khutbah, pidato dan lain2.
 
 
 Bangunan dua tingkat yang menempatkan surau, hostel dan pejabat 

Rumah Tamu tempat penginapan kami. Makanan pun cukup istimewa dan sentiasa terhidang..syukran, jazakaAllah Abi, umi,  Dr. Irham, zida
dan semua penghuni pesantren
 
Hari kedua berada di sana, sekembali dari melawat Tangkuban Perahu, Pasar Baru dan bandar Bandung, kami membatalkan hasrat untuk menginap di hotel kerana tidak puas menikmati suasana ilmu di pasentren yang terletak di atas bukit itu. Udara yang nyaman dan sesejuk Cameron Highland itu amat nyaman dan indah sekali.
 

 Sempat berkempan sempena Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Tanah Air
 
        Dr. Irham dan Zida                              Dr. Mustoffa (Abi) dan Wife (Umi) 

Sebelum terbang balik ke Malaysia, Dr. Mustoffa sempat membawa kami melawat sebuah lagi pesantren yang sedang dalam pembinaan, di pinggir bandar Bandung. Ianya diwakafkan oleh seorang hartawan, bekas pelajarnya. Semua bangunan dibina dari kayu jati yang amat cantik dan halus sekali buatannya. Kami amat terpegun sekali melihat pemandangan dari kawasan tanah tinggi yang menempatkan pesantren Al Ashar Al Madani ini. Dr memaklumkan pelajar-pelajar di pesantren al Mustoffa akan dibawa belajar di sini sesekali jika mereka nak rasa suasana baru. 

 

 
 
Kami meninggalkan Daniel di Bandung dengan hati yang amat berpuas hati, tenang dan gembira di bawah asuhan sebuah keluarga besar yang menghidupkan suasana penuh syariat Islam.  Saat dan ketika ini Daniel sedang belajar menjadi seorang khalifah Allah yang diharapkan dapat meneruskan kembara ilmunya ke seluruh pelusuk dunia untuk Mencari Diri bagi Mengenal Siapa Penciptanya dengan sebenar-benarnya. Ayuh anakku, mama, babah, adik, Opah, Atuk dan semua tidak akan putus berdoa untuk kelangsungan kembara ilmu kamu sehingga kamu bisa memikul tanggungjawab sebagai KHALIFAH ALLAH di muka bumi ini. Moga adikmu Muhammad akan menjejaki abangnya di sana secepat yang mungkin.
 
Yakinlah dengan Jaminan Rasulullah S.A.W ini tatkala baginda mengingatkan ibnu Abbas :
  "Jagalah Allah, niscaya Allah menjagamu". (HR. Tirmidzi)
 
 

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا
قَالَ: كنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ:
(( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ كلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله،
وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْكَ
بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كتَبَهُ الله لَكَ،
وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ
یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ ))
رواه الترمذي وقال
 




حدیث حسن صحيح، وفي روایة غير الترمذي
(( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي
الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ،
 وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُنْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ،
وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْب وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا


Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).
 
Sesungguhnya seorang Islam yang hebat tidak akan berhenti bermusafir mencari ilmu...mama mengharapkan anak-anak mama akan terus menuntut ilmu Islam ke serata pelusuk dunia seperti kata-kata As-Syahid Hassan Al Banna apabila ditanya siapa dirinya, belia lantas menjawab :
 
 " Aku musafir yang mencari kebenaran. Seorang manusia yang mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yang mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan dan kehidupan yang baik dalam naungan Islam yang suci."


 
 
 
 

Sabtu, 19 Oktober 2013

ABANG DANIEL BERMUSAFIR MENCARI ILMU UNTUK MENGENAL DIRI DI KELANTAN (Siri1)

November 2004 pada usia baru menjangkau 9 tahun,aku dan hubby bertekad menghantar anak tunggal kami ketika itu, Daniel belajar di timur tanah air, Kelantan. Hati anak mana  yg xsedih dan sanggup berjauhan dgn maknya..apetah lg mama dan babahnyer..mmg rasa tk sanggup. Namun demi agamanya kami korbankn hati dan perasaan ini biar apapun tanggapan saudara mara dan rakan taulan. Bagi kami cukup Allah sahaja yang tahu niat kami.

 
 
Daniel di Maahad Tahfiz Darul Quraan Wal Qiraat Repek, Pasir Mas Kelantan





Sek. Men. Islam Al-Husna P. Besar Kelantan
 
Walaupun kami menghantarnya jauh namun kasih sayang kepadanya tidak pernah diabaikan. Selang seminggu kami gagahkan diri menziarahinya dan membawanya bercuti ke pantai, ke pulau2 berhampiran pantai kelantan terengganu malah ke Thailand. Kelantan menjadi kampung pertama kami. Pernah kami berusaha membeli tanah untuk membuat rumah menetap sahaja di kelantan tetapi bukan rezki kami utk bernaung di bawah tok guru agaknya.
 
          Pentas tempat Tok Guru menyampaikan kuliah mingguannya..ke dataran ilmu adalah acara wajib kami bila berada di kelantan pada hari Jumaat.
 
Diam tak diam 2010 sudah 6 tahun kami berulang alik ke kelantan, hubbyku sudah boleh jadi tour guide bila bawa rakan2 ke sana. Dari anak kami Daniel seorang hinggalh hadirnya Muhammad setelah penantian 12 tahun, kami tetap bersemangat bila sebut je ke Kelantan. Niat kami untuk aqiqah, cukul jambul dan tahnik Muhammad dengan tok guru di masjidnya jua tercapai selepas 2 minggu kelahiran anak kedua kami. Walaupun hajat hati untuk melahirkan Muhammad di bumi serambi mekah , setelah booking wad di Hospital USM Kubang Kerian  ttp tidak diizin Allah.
Masjid Tok Guru

                                          Muhammad ditahnik oleh Tok Guru Nik Aziz

Aqiqah 2 ekor kambing di Maahad Darul Anuar Pulau Melaka 
 
Sepanjang 6 thn ke Kelantan, pelbagai gerai dan tempat makan sedap yang beritahu kami sampai..sebut nasi kerabu lauk serati, jalan ke rantau panjang menjadi pilihan kami, jika kesuntukan masa, gerai di tepi jalan di Baung yg menjadi tumpuan org ramai, juga menjadi tempat sarapan kami.

Jika nak beli emas, tauke Kedai Emas Hj.Muhammad  dengan isterinya, kak lah dah jadi rakan baik kami.Sampai ke banglonya pun kami jejaki. Kalau di aked uda, kedai emas ayu jua dh jd sahabat baik..makin maju dia sejak berpindah ke bazar tok guru yg kontrovasi tu..hihi..Alhamdulillah.
Kalau tempat percutian, bukan setakat resort di sepanjang tepi pantai bacok menjadi tempat menginap kami, malah hingga ke kuala besut dan pulau perhentian  kerap jua kami kunjungi. Rumah sahabat baikku sejak di zaman universiti, kak zai dan rumah sewa sepupu tok guru, pok nik di Pulau Melaka jua menjadi penginapan wajib kami di sana.

Tahun 2010 hati terasa sebak bila anak terunaku menyuarakan hasrat untuk bersekolah dan tinggal dengan kami.  Setelah berbincang dengan babahnya dan melakukan istikhorah, akhirnya kami menunaikan hasrat hatinya dengan syarat sementara dapat tempat yang lagi baik untuknya menyambung pengajian tahfiz dan kitabnya. Daniel sempat bersekolah di SAMTAJ Sg. Besar ketika di Tingkatan 3 dan SMK Sg. Besar di Tingkatan 4. Tapi sesungguhnya hati ini tidak sanggup untuk membiarkan dia berlama-lamaan dalam  suasana kehidupan yang kurang ilmiah ini. Perubahan sikapnya, budaya kerja selepas balik sekolah, ingin bebas keluar rumah bila2 masa dan ingin memegang duit sendiri makin ketara mempengaruhi anakku. Maka aku merasakan membawa pulangnya ke kampung bukanlah jalan yang terbaik utk pembesaran anak sulongku ini.

 

ENTRY BERSAMBUNG KE SIRI 2 -
DANIEL BERMUSAFIR MENCARI ILMU UNTUK MENGENAL DIRI KE JOHANNESBURG (Siri2).....
 

 
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...