Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Isnin, 28 Oktober 2013

LAYAN HOBI BABAH & ANAK2 - SCUBA (Ambil Licence Scuba School International)

Hubbyku yang ku kenali sejak 1981 sememangnya hidupnya tidak betah tanpa laut dan sungai.  Menyelam menikmati keindahan di dasar laut adalah hobinya. Memancing, menjala dan menembak ikan pula adalah agenda utamanya bila bercuti. 
Minatnya ini lagi menjadi-jadi bila dah berumahtangga. Bila dah berduit sikit lagilah bertambah menjadi-jadinya.. jika dulu, nk dive baru menyewa peralatan tp sekarang semua peralatan scuba dah lengkap utk 2 set, standby utk anak-anak katanya. Sesekali aku berbunyi juga bila mengenangkan peralatan itu bukalah murah harganya. Tp ku pujuk gak hati ini, pada dia 'menyelam' atau 'memancing' kt darat, biarlah dia terjun ke laut..hihi..So aktiviti 'ad hoc' famili kami bila time cuti biasanya ke pantai dan jika cuti yang agak lama sikit ke pulau-pulau melayan hobinya itu. Abang Daniel, nampak seperti memaksa diri utk meminati hobi babahnya tapi Adiknya Muhammad Khair nampaknya betul-betul mewarisi minat babahnya itu.

Jun 2008 hasrat hubbyku nak mempunyai lesen scuba tercapai jua. Dia mengikuti latihan dengan En. Syed Abd. Rahman, manager Kid Scuba dan mendapat lesen dengan SSI. Teori dan praktikal di kolam diadakan di Pusat Latihan
Maybank dan praktikal di laut pula di Pulau Tioman.

 
 
Lesen Scuba hubby
 
 
 
 

Hubby dan Daniel sedang mengikuti kelas teori yang santai..
Muhammad pun tumpang sekaki..
   
 
 



  

Mengikuti praktikal di kolam renang..

 
 Muhammad dah keletihan berendam di kolam.
 
 1 Jun 2008 hubby mengikuti praktikal Laut di Pulau Tioman. Bersama-sama En. Syed sekeluarga dan kumpulan mereka bergerak menaiki feri dari Jeti Tanjung Gemok seawal pagi. Aku dan anak-anak sememang tiada plan untuk mengikutinya kerana ingin menghabiskan masa di rumah ibuku yang beberapa kilometer saja dari jeti. Peluang keemasan yang ku tunggu-tunggu..
 
 


Menghantar babah ke jeti Tg. Gemok
 
 
 Bergerak menaiki bot ke tempat menyelam
 
Bersama En. Syed
 
 
 

 
 
 
 Selesai sudah selaman, mengikut beberapa tahap kedalaman laut
 
 
Selamat pulang babah setelah 3hari 2 malam di Pulau Tioman..
 
Kos pendaftran sehingga memilik licence scuba lebih kurang RM 1k++ tidak termasuk kos menginap di pulau dan transport ke Jeti
 
Kos peralatan lengkap scuba RM10k ++ utk 1set
 
Maklumat lanjut boleh ke website :
 
Ikuti catatan percutian kami ke pulau-pulau melayan hobi babah Daniel&Khair selepas ini....

 

 
 

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...