DAY 2 : JOHOR & SINGAPORE
Kami bertolak ke Johor Baharu pada malam itu jua dan bermalam di Kulai, di rumah kak Idah, kakak angkat acek. Alhamdulillah kami cepat serasi dengan keluarga kak Idah yang amat meraikan tetamu.
29 Sept. 2013, kami bergerak ke rumah anak kak Idah, Mizi seorang peguam muda, di Bandar Johor Baharu. Kami berehat sementara menunggu waktu untuk bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Singapore. Dengan ditemani kak Idah, kami meneruskan musafir ke Kota Singa melalui Woodland. Ketika di sempadan kami dikehendaki membeli kad autopay oleh pihak imegresan Singapore. Sampai sahaja di seberang, kami disambut oleh saudara kak Idah yang menetap di sana. Kak Ju suami isteri terus membawa kami ke food court di sebuah Shopping Complex untuk menikmati pelbagai makanan dan juadah orang Singapore.
Dollar Singapore siap-siap tukar kat sempadan.. ni je nilai yang dpt utk RM100 kita.
Menunggu tours guide kami, kak Ina dan hubbynya..
Kami sempat berehat sambil menikmati minuman ringan di rumah kak Ju sebelum mereka membawa kami ke Mustafa Centre dan Marine Barrage. Di Mustafa Centre kami tidak dapat singgah lama kerana keadaan yang amat sesak dan tidak mempunyai tempat parking. Tempatnya lebih kurang di Chow Kit, cuma di sana jauh lebih bersih.
Setiba kami di Marina Barrage, kami di bawa melawat pameran bagaimana Singapore memproses dan mengitar semula air. Secara ringkasnya bangunan ini mengendalikan sumber air di negara Singapore. Terdapat ramai pengunjung yang berkelah dan bersantai di bahagian atas bagunan yang berumput. Kami dapat melihat menara tinggi 3 serangkai kebanggaan mereka, Marina Baysand dan menikmati pemandangan malam yang amat menarik kota singa dari sini. Di bahagian bawah pula terdapat pancuran air yang menarik. Apa lagi, Muhammad yang pantang nampak air, habis lencun bajunya bermain air dengan abang-abangnya, asyraf dan lukman (anak acek).
Pemandangan Marina Baysands dari Marina Barrage
Bermulanya aksi bermain air di perkarangan Marina Barrage....
Puaslah hati tu... dah lencun
Walaupun belum habis menerokai keindahan kotaraya ini, tetapi kami terpaksa juga pulang untuk bermalam di JB kerana ada janji yang perlu ditunaikan dengan anak-anak di sana..
Selamat tinggal Kota Singa...terima kasih kak Ju dan hubbynya kerana mengenalkan kami dengan tanah yang asalnya milik Malaysia ini.
Sampai kami di JB malam tu Mizi terus membawa kami makan di Anjung Senibong Seafood..fullamakkk memang sodap, sampai sekarang terkenang-kenangkan otak-otaknya.Siap bungkus bawa balik lagi..Thanks Mizi belanja kami..
Ikuti catatan musafir kami di hari ke 3.. melayan impian anak-anak di Legoland...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan