Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Ahad, 1 September 2013

MUHAMMAD BERKHUTBAH DI PROGRAM ALAMRIA PASTI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2013

1 Sept 2013 bertempat di SRA Seksyen 16 Shah Alam, telah berlangsungnyq program Alam Ria PASTI peringkat Negeri Selangor . Sabak Bernam turut menghantar wakil bagi beberapa acara termasuk nasyid, hafazan,bercerita,tilawah,eja cepat,pidato dan khutbah. Alhamdulillah setelah menjalani ujian saringan dan latihan pusat si kecilku terpilih mewakili daerah utk acara berkhutbah.
Walaupun masa diberi masa lebih kurang sebulan diberi utk melatih tapi biasalah sikecilku byk karenah dan soal jwbnya utk berlatih dgn mamanya..sekali sehari pun dh kira bagus tp 1khutbah pg, khutbah ke2 lak ptg atau mlm..sesak nafas ku jadinya menjwb segala soalannya sblm memulakan bacaan. Tab dan mainan adlh umpan aku utk memujuknya berlatih. Bila bersembang dgn ibu beberapa peserta tadi, rupanya mereka pun menghadapi masalah yg sama..hihi
Cikgu PASTI nya Min pun turut melatih Muhammad di sekolah.Lebih mudah sbnrnya dia berlatih dgn gurunya.Balik rumah jika mood dia baik dptlah dgr bacaannya lg sekali. Dua hari sebelum pertandingan, Muhammad mengikuti latihan pusat dgn cikgu Mis yg dipanggilnya ibu di PASTI BNO.Terima kasih cikgu Min dan cgu Mis..


Walaupun Muhammad dpt menghafaz khutbah dgn baik,tp bila tiba dpn hakim mugkin disebabkan gementar dibacanya je khutbah tu spt sbhgian peserta2 sblmnya, namun ada beberapa peserta yg langsung tak bawa teks dan dpt menyampaikan khutbah dgn baik dan fasih,seronok aku mendengarnya..Namun kami bersyukur kerana Muhammad tidak menunjukkan sebarang rasa takut dan gementar bila berhadapan dgn penonton...Alhamdullillah..moga sikecil kami dpt menyampaikan khutbah dgn baik utk solat jumaat atau solat hari raya suatu hari kelak..amin
Berlatih sebelum ke pentas..
 
Bersama para hakim yang mengadili pertandingan khutbah 
 
Tuntut hadiah selepas habis je berkhutbah kt pentas.. 
 
Tiada yang lebih berharga mama harapkan kepada anak-anak mama selain dapat memartabatkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai undang-undang tertinggi dalam kehidupan seharian...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...